By Muhammad Ilyas Nu'man Azmi
KAMPUS INDUK, 5 April 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya mengekalkan kelestarian dengan projek pemasangan panel solar berskala besar di kampus induk. Inisiatif ini, dilancarkan dengan kerjasama Ditrolic Energy Solutions Sdn. Bhd., yang menaikkan lagi nama USM dari segi kelestarian.
Projek itu telah mengagumkan pelbagai pihak dengan berjaya memasang sebanyak 22,374 panel solar merentasi bumbung, tempat meletak kereta, masjid dan sistem yang dipasang di bawah tanah dan berjaya menjana tenaga bersih sebanyak 63.73% memenuhi permintaan siswa-siswi USM.
Impak projek pemasangan panel solar itu kepada alam tidak dapat dinafikan selaras dengan komitmen USM terhadap konsep "Sustainability@USM" dan misinya untuk mempromosikan masa depan yang cerah kepada generasi akan datang.
USM juga menerima manfaat dari segi kewangan dengan menjangkakan penjimatan kos sehingga 30% dari segi penggunaan elektrik hasil daripada pengurangan pergantungan kepada sumber kuasa tradisional yang boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting.
Kejayaan pemasangan panel solar oleh USM telah membuka jalan kepada universiti lain di Malaysia untuk menerima sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Peralihan kehidupan ke arah kelestarian ini bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar dan mengurangkan kos tetapi juga meletakkan universiti sebagai peneraju dalam menjaga alam sekitar.
Sistem panel solar yang dipasang di bumbung bangunan pusat pengajian di Kampus Induk USM. Sumber Laman Web Rasmi Solar@USM