top of page

Berhenti merokok untuk vape, mulakan hidup sihat

May 9, 2024

Oleh Iqlima Natasha


Kampus Induk, 12 April - Pada hari Jumaat, Sekretariat Green Lung USM telah mengadakan webinar ‘Be A Quiter, Not A Vaper’ secara dalam talian di platform Webex bermula pada pukul 8 malam.


Pengarah Projek, Ng En Xin berkata program ini bertujuan untuk memberikan menyediakan sokongan yang diperlukan bagi mereka yang ingin meninggalkan kebiasaan merokok dan vaping.


“Objektif utama kami mengadakan webinar ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang kesan buruk vaping dan mendedahkan kesalah fahaman orang tentang vaping ini. Jadi saya percaya bahawa adanya program ini dapat mengekalkan persekitaran bebas nikotin dalam kalangan kita”, ujarnya.


Webinar tersebut turut menampilkan pakar kesihatan tempatan, seorang pensyarah dari Fakulti Perubatan di Universiti Malaya, Professor Madya Dr. Nur Amani@Natasha Binti Ahmad Tajuddin untuk memberikan penjelasan tentang risiko dan kesan negatif merokok dan vape terhadap kesihatan.


“Kajian menunjukan perokok yang menggunakan vape sebgai alternatif untuk berhenti merokok, mereka akan menjadi pengguna berganda setelah tiga hingga enam bulan. Jadi, kesan buruk terhadap kesihatan badan juga akan berganda. Perkara ini adalah yang selalu disalah erti oleh orang-orang tentang penggunaan vape ini, tetapi mereka tidak tahu akan bahaya impaknya”, ucapnya.


Beliau juga berkongsi beberapa strategi praktikal yang boleh digunakan oleh individu untuk mengurangkan dan menghentikan kebiasaan merokok dan vape.


“Salah satu cara paling berkesan untuk berhenti merokok dan vape, saya sarankan untuk hapuskan segala peranti rokok dan gantikan dengan terapi gantian nikotin seperti lozeng. Kerana jika seseorang itu tidak melihat peranti rokok yang berdekatan, maka mereka tidak akan terdorong atau terpengaruh untuk merokok”, kata Dr Nur Amani.

Selain itu, peserta webinar juga berpeluang untuk bertanya soalan kepada Dr. Nur Amani secara langsung semas sesi soal dan jawab untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai proses berhenti merokok dan vape.


Webinar ini diakhiri dengan acara penutupan iaitu sesi bergambar bersama para peserta di platform Webex.

bottom of page