Oleh Muhammad Ilyas Nu’man Azmi
Suasana Delegasi IKMAR yang membantu menjadi sukarelawan di Masjid Al-Malik Khalid USM. Sumber Muhammad Ilyas Nu’man Bin Azmi
KAMPUS INDUK, 31 MAC 2024 - Bermula 12 Mac, semua umat islam di Malaysia telah berpuasa bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim bagi tahun 2024. Ikatan Mahasisiwa/i Johor (IKMAR) Universiti Sains Malaysia (USM) juga tidak ketinggalan dalam menyambut baik kehadiran bulan mulia itu.
IKMAR USM telah menjalankan beberapa aktiviti seperti Sukarelawan Ramadan serta Tilawah dan Majlis Khatam Quran. Program yang dilakukan merupakan aktiviti tahunan IKMAR dalam usaha memeriahkan suasana ramadan di USM.
Suasana Delegasi IKMAR yang membantu menjadi sukarelawan di Masjid Al-Malik Khalid USM. Sumber Muhammad Ilyas Nu’man Bin Azmi
Sukarelawan Ramadan telah dijalankan di Masjid Al-Malik Khalid USM pada 31 Mac dengan fokus memberi bantuan tenaga mengedarkan juadah berbuka.
Tilawah dan Majlis Khatam Quran diadakan IKMAR pada 28 Mac yang dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Tuan Anuar Abdul Manap yang berfokus menghayati keistimewaan dan keberkatan bulan ramadan.
Menurut Siti Nur in Yusra Edy Yusri, Yang Dipertua IKMAR, program yang dijalankan adalah untuk membantu delegasi IKMAR untuk lebih menghayati bulan ramadan di samping mengeratkan hubungan diantara mereka memandangkan mereka berpuasa tanpa ahli keluarga mereka di sini.
“Saya berharap semua delegasi IKMAR dapat merasakan keberkatan ramadan dan terus bersama-sama bergantung antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan universiti mereka. Harapan saya adalah orang melihat IKMAR sebagai keluarga dan sebuah persatuan yang seimbang dari segi dunia dan akhirat”, tambahnya lagi.