Oleh Daneswaran a/l Muneswaran Thiagu
KAMPUS INDUK, 3 Mei 2024 — Dewan Perundingan Pelajar (DPP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan persidangan Siri 1 di Dewan Persidangan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Persidangan ini telah melibatkan seramai 64 ahli dan 19 pemerhati yang teridiri daripada Ydp kelab persatuan, kelab anak negeri dan majlis penguni desasiswa, melihat luaran sebanyak 25 usul yang merangkumi isu-isu penting dalaman, universiti, serta isu-isu nasional dan antarabangsa.
Naib Canselor USM Profesor Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, merupakan perasmi bagi Dewan Perudingan Pelajar Siri 1 USM 2023/2024. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan memperkasakan pelajar melalui platform DPP yang memberi ruang kepada pelajar berbincang dan membincangkan isu-isu penting secara matang dan bijaksana.
"Kepada semua ahli dewan yang telah dipilih oleh pelajar untuk diharapkan unutk membahas usul dan membuat cadangan yang menjamin bagi kebajikan pelajar.
“Saya mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan seperti mana yang telah bincang dengan cara terbaik dalam menyampaikan pandangan serta pendapat berkenaan dengan isu-isu yang dihadapi dalam kalangan pelajar." katanya beliau.
Turut hadir bersama Prof Dr Azizah Omar, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA, En Roslan Ismail, Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA dan pegawai utama BHEPA.
Antara usul yang mendapat perhatian di Dewan Perudingan Pelajar Siri 1 USM ialah keadaan infrastruktur lebuh raya di Kelantan yang menyuarakan pelajar kampus kesihatan USM untuk ke kampus induk di Pulau Pinang.
Muaz Bin Radzuan, Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kesihatan, mencadangan usul tersebut bagi menggariskan keperluan untuk menambah baik infrastruktur bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar.
Mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar siri 1 23/24 telah berlansung di Dewan Persidangan Pusat Pengajian ILMU kamanusiaan dan dirasmikan oleh Naib Canselor Usm. Sumber Daneswaran
“Kualiti lebuh raya yang tidak memuaskan menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar yang terpaksa melakukan perjalanan jauh,” kata Muaz.
Selain isu akademik (dalaman), persidangan ini turut meneliti usul antarabangsa yang dicadangkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM berhubung konflik antara Israel dan Palestin.
Wan Mohd Akmal Wan Halim, Exco Akademik dan Sahsiah MPP, menyatakan bahawa usul ini dibawa sebagai tanda solidariti mahasiswa USM dengan Palestin.
“Isu ini penting bagi kami untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin dalam situasi konflik semasa,” kata Wan Mohd
Cadangan itu mendapat sokongan padu daripada ahli DPP, yang melihatnya sebagai langkah positif dalam menyatakan kebimbangan pelajar tentang isu global.
Usul yang mendapat sokongan dan perhatian yang tinggi dalam dewan persidangan ialah cadangan pembinaan papan tanda dengan simbol "signal" di kawasan hotspot USM yang sering berlaku kemalangan yang dibawa oleh Mohammad Badrul Amin Mohd Yusoff
“Cadangan ini dibuat kerana terdapat beberapa lokasi di USM yang sangat terdedah kepada kemalangan berpunca daripada pemandu cuai yang membelok atau menukar lorong tanpa menggunakan isyarat,” jelas Badrul.
Muhammad Badrul menyatakan bahawa usul tersebut mengandungi sokongan majoriti DPP, yang harus diambil perhatian sebagai langkah penting dalam meningkatkan semangat bilik darjah.
Beliau mengakui risiko kemalangan di kawasan itu dan membantu pemandu lebih berwaspada dengan pembinaan papan tanda.
Dewan Perundingan Pelajar di USM ini menunjukkan dedikasi universiti untuk memastikan pendapat pelajar didengar dan dipertimbangkan semasa membuat keputusan. Dengan begitu banyak tusul dan cadangan yang dibawa ke hadapan dan dibahaskan secara sivil, DPP kekal sebagai forum penting untuk penentuan nasib sendiri pelajar USM.