Malam Bumi Kenyalang kali ke-12 tahun 2024 akan datang!
May 9, 2024
Oleh Azizah Allyza Kaseran
Kampus Induk, 28 Mac - Perkumpulan Anak-Anak Sarawak (PERKASA) USM akan mengadakan Malam Bumi Kenyalang (MBK) kali ke-12 yang bakal berlangsung pada 25 Mei 2024 dengan jualan tiket sebanyak RM10 bagi siswa-siswi USM manakala RM15 bagi bukan siswa-siswi USM. MyCSD juga disediakan bagi sesiapa yang mengikuti MBK sebagai penonton.
MBK merupakan sebuah program pertandingan seni tari tahunan yang terbesar PERKASA yang berlangsung setiap sidang. MBK juga turut menampilkan pelbagai kelainan dan keunikan bangsa serta etnik di Sarawak yang mempunyai secara keseluruhan iaitu 27 buah etnik. Sebanyak 8 buah universiti termasuk USM akan bertanding dalam pertandingan tarian kreasi sidang ini.
Menurut Pengarah Projek MBK kali ke-12, Mohd Nazim Aiman Shamsul, tema bagi MBK24 tahun ini adalah menyelurusi dunia kepahlawanan, iaitu sebuah konsep yang mana kita mengetengahkan unsur pahlawan bagi MBK sidang ini dan tema tersebut diambil daripada bahasa Bidayuh, “Pimpanu Dunya Pimagan”. MBK kali ini juga menjemput Fahimi Rahmat dan Van Kelvin sebagai artis jemputan.
“Saya sebagai pengarah projek bagi MBK sidang ini, pengalaman yang dirasai sejujurnya sangat seronok namun sangat bimbang pada masa yang sama kerana MBK sidang ini merupakan kali ke-12 dan beban yang dipikul adalah sangat besar. Namun, dengan adanya rakan-rakan seperjuangan, timbalan pengarah projek, majlis tertinggi, sekretariat dan semuanya akan berjalan seperti yang dirancang,” ujar Nazim Shamsul.
USM merangkul Johan Keseluruhan bagi MBK pada tahun 2023. Gambar Azizah Allyza Kaseran
Persediaan MBK sidang ini berjalan melalui fasa 1 iaitu merangkumi 10 minggu bermula pada awal bulan Januari sehingga awal bulan Mac. Seterusnya, dengan fasa 2 iaitu pada awal bulan Mac sehingga ke hari kejadian.
Timbalan Pengarah Projek, Valerie Kylie berkata cabaran yang dihadapi adalah berkenaan dengan syarat pertandingan, memikirkan konsep bagi sidang ini dan tema yang ingin dibawakan.
“Harapan saya serta seluruh sekretariat MBK bagi sidang ini sebenarnya tidak banyak. Pertamanya, agar MBK akan dapat lebih dikenali di seluruh USM, baik siswa-siswi mahupun staf, tanpa mengira latar belakang. Keduanya, adalah MBK dapat berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan iaitu terdapat kelainan tersebut dapat memberikan nafas baharu kepada MBK sidang ini. Semestinya yang ketiga, USM memenangi pertandingan tarian kreasi ini,” kata Valerie.
“Sebenarnya saya berasa sangat tidak sabar dengan MBK sidang ini dan saya mempunyai ekspektasi yang tinggi dengan MBK sidang ini supaya dapat dikenali sebagai sebuah program yang diingati oleh warga USM,” kata Nizam Shamsul.
Pertandingan seni tari itu diadakan kerana perkara tersebut merupakan salah satu adat yang diamalkan oleh pelbagai bangsa di negeri Sarawak. Melalui seni tari, orang ramai dapat mengenal sesebuah tarian tersebut mengikut bangsa.