top of page

Kuota Pusat Rancangan Kokurikulum tidak mencukupi

May 9, 2024

Oleh Muhammad Ilyas Nu’man Azmi


Pusat Rancangan Kokurikulum di USM.  GAMBAR Muhammad Ilyas Nu’man Bin Azmi


KAMPUS INDUK, 5 April 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuka peluang kepada siswa-siswi USM untuk menyertai kursus kokurikulum yang ditawarkan di  Pusat Rancangan Kokurikulum (PRK) yang menawarkan 40 jenis kursus dan dibuka dari 1 April sehingga 7 April.


Perkara ini disambut baik siswa-siswi USM kerana mereka boleh merancang dan melengkapkan keperluan unit mereka bagi menamatkan pengajian mereka di USM.


Namun peluang ini tidak dapat memuaskan siswa-siswi USM kerana sebahagian besar daripada siswa-siswi USM gagal mendaftar kursus kokurikulum itu kerana kuota yang disediakan oleh PRK tidak mencukupi sedangkan mereka mendaftar pada hari pertama pendaftaran itu dibuka tetapi masih gagal mendapatkan tempat.


Perkara ini sangat merunsingkan siswa-siswi USM terutama mereka yang berada di tahun akhir dan tahun ketiga pengajian mereka kerana sekiranya mereka gagal mendapatkan tempat di mana-mana kursus kokurikulum mereka perlu mengulang semester hanya untuk mengambil kursus tersebut sehingga ada diantara mereka yang menghantar emel berulang kali kepada PRK menyuarakan isu tersebut.


Menurut salah seorang pelajar yang gagal mendaftar, Azizah Alyza Kaseran, Komunikasi 2, dia memerlukan kursus kokurikulum ini bagi memenuhi unit yang diperlukan bagi semester ini iaitu sebanyak 25 unit secara keseluruhan dan dia hanya memiliki 23 unit sahaja.


“Saya agak kecewa dengan pengurusan PRK kerana tidak memberi notis awal tentang Kuota bagi kursus kokurikulum yang diperlukan dan menyebabkan siswa-siswi tidak dapat bersedia awal dan mendatangkan isu kepada siswa-siswi USM”, tambahnya lagi.

May 9, 2024

bottom of page